BIKIN PECAH!!

Tuesday, April 20, 2010

OPTIMIS!

Salam.... salam semuanya....

Aku suka memerhati dan adakalanya apa yang diperhatikan ia jauh dari pemikiran kita.... Itu sebab itu rasa penting. Hati dan pemikiran manusia tidak sama dengan binatang... tetapi adakalanya, segelintir manusia yang ade hati dan perasaan seperti binatang.
Manusia diberi akal olehNya, tetapi ade kalanya nafsu akan mencelah di sebalik hati dan akal kita.

Apa yang aku perhatikan sekarang, manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Lebih kurang kehendak melebihi keperluan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi apa yang dikendak. Tetapi apabila adanya peluang yang baik di depan mata, takut untuk mencuba. Mereka takut kalau ia ditipu. Mungkin mereka ni diketegorikan insan yang dah 'serik' atau 'tak sanggup' meneruskan cara hidup zaman sekarang nie.

Kawan-kawan ikut kata hati, mati. Tapi kalau ikut kata pemikiran terus tulus ke hati Insyakallah ia akan berhasil. Itu pentingnya USAHA, KERJASAMA, KOMITMENT dan DISIPLIN dalam diri.

Apa sahaja kerja yang kita buat kena tulus dan ikhlas. Baru mereka disekeliling rasa Kejujuran kita dalam membuat apa sahaja sejalipun.

Aku berbicara atas dasar, untuk diri aku jugak. Adakalanye kita terlupa, adakalanya kawan-kawan kita terlupa atau sukar untuk memperkatakan hal sebegini.

Walau apa sekalipun, kita tepuk dada..tanya dengan berfikir. Biar lah orang kata apa pun pada kita, kita tetap diri kita yang harus sedar diri. Optimistik itu harus ada!!

Friday, January 1, 2010

BIKIN PECAH !!! mari....

Pemulaan untuk aku memulakan blog...agak sukar..dan susah...
Malam nie muncul seorang hamba Allah... mintak aku "go on ur blog".
Aku cakap..aku tak reti..dan tak pandai nak membelek blog nie....
Pastu gigih la member ni memberi beberapa langkah untuk aku teruskan....
Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak, mengajar aku serba sedikit.
Untuk permulaan memamg susah untuk aku mulakan tanpa seorang pebimbing....
Jadi, apa-apa pun sabar!!!
Aku yang kena banyak-banyak bersabar...